Tahniah Makin Ramai Yang Sembuh, KKM Buka Peluang Sukarelawan Untuk Berbakti

Walaupun sudah 34 kematian direkodkan pada hari ini, namun pihak Kementerian kesihatan turut memberikan khabar lega apabila terdapat peningkatan jumlah pesakit yang sembuh daripada Covid-19.

Ramai dah discaj wad

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 68 orang telah pulih pada hari ini dan ia menjadikan kumulatif yang yang sudah dibenarkan keluar dari wad sebanyak 388 orang.

Semalam 61 kes sembuh, hari ini 68 kes

Peningkatan mereka yang sembuh juga dapat dilihat berbanding semalam yang cuma mencatatkan sebanyak 61 kes sembuh yang menjadikan 320 orang kesemuanya.

 

Pertambahan 68 lagi kes sembuh

Pertambahan 68 lagi kes sembuh pada hari ini membuatkan jumlah terkumpul sebanyak 388 kes telah memberikan sedikit senyuman buat petugas kesihatan dan juga rakyat Malaysia.

Syukur Alhamdulillah

Susulan daripada pertambahan pesakit yang sembuh daripada Covid-19, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa syukur diatas kesembuhan itu. Mereka juga mengucapkan tahniah diatas kejayaan KKM mengendali kes Covid-19 dengan cekap ketika ini.

Terima kasih KKM

Mencari sukarelawan bantuan kesihatan

Dalam pada itu juga, Noor Hisham turut memberitahu bahawa pihak KKM membuka peluang kepada umum untuk menyertai Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan Covid-19 bagi pelbagai profession perubatan.

Perkara ini dianjurkan bagi membantu menampung tenaga perubatan yang agak kekurangan berikutan pertambahan kes setiap hari. Jadi, pihak KKM telah memuat naik borang permohonan dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya di Facebook.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : KKM

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tahniah Makin Ramai Yang Sembuh, KKM Buka Peluang Sukarelawan Untuk Berbakti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*