Siti Elizad Masak Sendiri 100 Bungkus Makanan Untuk P0lis Dan Tentera

Pelakon jelita Siti Elizad menghargai sumbangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, dia memasak 100 bungkusan makanan sebelum diagihkan kepada pasukan bertugas di beberapa lokasi sekatan jalan raya sekitar ibu kota.

“Melihat keadaan mereka yang sanggup bertugas dalam keadaan panas dan hujan lebat, saya terfikir untuk menyediakan makanan untuk mereka sebab saya pun suka memasak. Semua saya masak sendiri.
“Alhamdulillah, semalam (dua hari lalu) saya sediakan nasi hujan panas buat mereka dan hari ini (semalam) saya masak sup kambing serta lempeng kelapa,” katanya.

Namun bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun tersebut juga mempunyai perancangan bagi menghantar makanan kepada pasukan barisan hadapan di hospital pula.

“Saya ada menerima mesej peribadi daripada jururawat yang ingin saya menghantar makanan kepada mereka.
“Tapi saya tak tahu prosedur yang betul. Takut nak memandai-memandai hantar kepada mereka. Lagipun sekarang ini saya perlu hadkan pergerakan.
“Namun jika ada peluang saya memang nak hantar makanan kepada mereka. Mungkin dengan cara ini saya dapat gembirakan hati mereka,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Siti Elizad Masak Sendiri 100 Bungkus Makanan Untuk P0lis Dan Tentera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*