“Pemuda 27 Tahun Antara 7 Lagi K0rban C0vid-19,” Terkini Malaysia Catat 34 Kematlan

PENULARAN wabak Covid-19 di Malaysia menyaksikan tujuh kematian direkodkan pada Ahad, menjadikan keseluruhan 34 kes kematian setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada hari ini juga terdapat 150 kes baharu Covid-19.

“Sehingga 29 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,470 kes.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan tujuh lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 34 kes,” ujarnya menerusi sidang media, Ahad petang.

Berikut merupakan perincian kes kematian terbaharu:

Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat PPUM pada 26 Mac 2020 dan meninggal dunia 28 Mac, jam 8.48 pagi.

Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) wanita tempatan 64 tahun. Latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi. Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, jam 10.15 malam.

Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.

Kes kematian ke ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki tempatan berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Dirawat PPUM pada 27 Mac 2020 danmeninggal dunia pada 28 Mac 2020.

Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) lelaki tempatan berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac dan meninggal 28 Mac jam 7.44 malam.

Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.

Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal 29 Mac jam 10.40 pagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pemuda 27 Tahun Antara 7 Lagi K0rban C0vid-19,” Terkini Malaysia Catat 34 Kematlan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*