Lelaki Ditemui B0nuh Diri Dalam Tandas W@d, Dis@hkan Negatif C0vid-19

Sebelum ini kita digemparkan dengan berita seorang pesakit dalam pemantauan (PUI) Covid-19 yang dirawat di Hospital Serdang, ditemui mati didalam tandas wad dipercayai membunuh diri.

Dalam maklumat terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan mendapati lelaki tersebut sebenarnya didapati negatif Covid-19.

Ditahan ICU sebab penyakit lain

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lelaki berusia 62 tahun ini ditahan di wad ICU kerana mempunyai penyakit lain.

Bagaimana pun, bagi  mengikut operasi prosedur standard (SOP) ketika ini, semua pesakit ICU di hospital disaring untuk Covid-19 termasuklah lelaki tersebut.

“Dia sebenarnya bunuh diri…”  Datuk Dr Noor Hisham

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga mengesahkan, Mangsa berusia 62 tahun dipercayai mendaftar masuk ke hospital berkenaan pada 26 Mac lalu pada 2.30 pagi, sememangnya mati disebabkan bunuh diri.

Berdasarkan siasatan polis, saksi di tempat kejadian iaitu seorang jururawat hospital itu yang memberitahu pesakit berkenaan membunuh diri di tandas wad 7D.

Bagaimana pun, setakat ini identiti mangsa tidak didedahkan, jadi kita tidak tahu sama ada mangsa beragama Islam atau tidak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lelaki Ditemui B0nuh Diri Dalam Tandas W@d, Dis@hkan Negatif C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*