“Khatam Al-Quran Setiap Hari,” Alumni Maahad Tahfiz Ikhtiar D0a C0vid-19 Lenyap

Covid-19 yang melanda negara begitu menakutkan. Sehingga hari ini, 34 kes kematian telah direkodkan dan 150 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan sebentar tadi dalam sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perintah Kawalan Pergerakkan yang dikeluarkan oleh kerajaan merupakan salah satu inisiatif negara bagi menghentikan rantain Covid-19 ini. Jadi, orang awam dikehendaki duduk dirumah dan tidak kemana-mana.

Dilakukan serentak dirumah masing2

Susulan daripada itu, sekumpulan bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Sungai Golok, Thailand mengambil peluang dengan khatam al-Quran setiap malam sebagai ikhtiar memohon pertolongan dari Allah supaya Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini dapat dihapuskan.

Menerusi Sinar Harian, wakilnya iaitu Fakhrurrozi Fauzi memaklumkan bahawa setiap malam mereka akan membuat agihan surah sebelum memulakan bacaan al-Quran.

“Selepas itu, kami akan mulakan bacaan secara serentak di rumah masing-masing.”

“Sejurus khatam al-Quran, kami akan berdoa memohon pertolongan dari ALLAH supaya semua kesulitan yang sedang melanda ketika ini pulih secepat mungkin.”

Dapat membudayakan bacaam al-Quran

Menurutnya lagi, ini adalah masa yang terbaik untuk membudayakan al-Quran disamping memohon bantuan kepada Allah S.W.T terhadap ujian yang sedang melanda negara ketika ini.

“Inilah masa yang terbaik untuk kita kembali membudayakan semula bacaan al-Quran.

“Bila banyak baca al-Quran secara tidak langsung kita dapat mendekatkan lagi diri kepada ALLAH selain memahami isi kandungan kitab suci itu.”

Alhamdulillah, ikhtiar yang bagus

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh Sinar Harian tersebut telah menghadirkan pelbagai komen positif diatas inisiatif yang dilakukan oleh sekumpulan bekas pelajar maahad itu.

Ia bukan sahaja memberikan contoh yang baik kepada warganet malahan menunjukkan bahawa al-Quran adalah teman sejati tatkala ditimpa ujian besar seperti ini.

Semoga Allah makbulkan permintaan mereka

Terbaik anak2 tahfiz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Sinar HarianFakhrurrozi Al-Kelantani

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Khatam Al-Quran Setiap Hari,” Alumni Maahad Tahfiz Ikhtiar D0a C0vid-19 Lenyap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*