“Ketika Zaman Kemuncak Kami Alpa, Tiada Siapa Blmbing Urus Kewangan” Khai Dan Rosma Buka Cerita Pvnca Artis Hidup Susah

GARA-gara turut menyuarakan pandangan mengenai rayuan artis perlu dibantu di Facebook, pasangan selebriti Khai dan Rosma menerima hampir 5,000 komen negatif daripada netizen.

Khai yang juga bekas peserta program Akademik Fantasia musim pertama berkata biarpun dia dan isterinya bergelar selebriti, namun mereka juga pernah melalui fasa kesusahan.

“Saya minta maaf kalau terpaksa padam kenyataan saya semalam di semua laman sosial. Paling teruk di FB peribadi saya sampai 5,000 komen berunsur negatif.

Antara status yang dimuat naik Khai di Twitter.

“Memang benar selepas berkahwin kehidupan sangat getir walaupun kami berdua suami isteri bergelar selebriti. Jadi saya tahu keadaan susah sebagai anak seni itu macam mana.

“Walaupun gah di mata semua kerana kami dilahirkan dalam sebuah realiti program yang sangat popular pada tahun 2003. Ya ada zaman kemuncak tapi kami mengaku kami alpa kerana masih muda.

“Tiada siapa yang membimbing kami dalam bab pengurusan kewangan ketika itu. Tetapi pengalaman mendewasakan kami,” kata Khai menerusi laman sosialnya.

Golongan artis kini menjadi sasaran netizen apabila rayuan penyanyi Black Hanifah dan Tomok kepada pihak kerajaan tidak melupakan mereka di saat krisis wabak Covid-19 disalah erti.

Saya pun tidak setuju ada dana khusus atau khas daripada kerajaan untuk selebriti.

KHAI

PENYANYI

Sejak itu, beberapa selebriti yang menyokong dan ada juga yang membidas kenyataan tersebut kerana menyifatkan tidak perlu bantuan khas kepada mereka.

Ini kerana selebriti juga rakyat biasa dan bantuan sedia ada khususnya menerusi Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu terpakai untuk semua rakyat di negara ini.

Dalam pada itu, Khai juga tidak bersetuju dengan permintaan dana khusus untuk selebriti kerana menganggap mereka juga adalah rakyat biasa yang berhak mendapat bantuan yang disediakan kerajaan.

Khai, Rosma dan anak-anak mereka.

“Saya pun tidak setuju ada dana khusus atau khas daripada kerajaan untuk selebriti. Sebab selebriti pun rakyat biasa juga. Peruntukan yang dah ada ini pun sudah memadai sangat.

“Sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang memerlukan di saat getir ini. Bersyukurlah… Sekali lagi saya minta maaf jika menyinggung mana-mana pihak walaupun niat saya disalaherti.

“Jadi marilah kita saling bermaaf-maafan. Tidak perlu bertelagah yang mensia-siakan dan menambahkan lagi dosa. Allahuakbar,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ketika Zaman Kemuncak Kami Alpa, Tiada Siapa Blmbing Urus Kewangan” Khai Dan Rosma Buka Cerita Pvnca Artis Hidup Susah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*