Kenali Datuk Dr Marzuki Mohamad, Insan Yang Bantu Menulis Dan Menyiapkan Ucapan Oleh PM

Datuk Dr Marzuki Mohamad, 46, merupakan insan di sebalik ucapan ringkas, teliti dan menyentuh hati yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Marzuki Mohamad dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1974 dan telah mendapat pendidikan rendah dan menengah di sana. Beliau sangat minat untuk mengkaji tentang politik pilihanraya, politik hubungan kaum, politik Asia Tenggara, Islam dan undang-undang.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac 2020. Tambahan pula, beliau dikatakan telah mempunyai pengalaman berkhidmat dengan Tan Sri Muhyiddin sejak tahun 2009 lagi.

Di bawah merupakan antara kelulusan yang dimiliki oleh Datuk Dr Marzuki Mohamad:

1. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

2. Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.

Beliau juga telah memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di UIAM pada tahun 1999.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan bahawa beliau telah berkhidmat bersamanya sejak tahun 2009

Datuk Dr Marzuki Mohammad juga telah dilantik sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri antara tahun 2009 dan 2013 dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pendidikan antara tahun 2013 hingga 2015.

Selepas itu, pada tahun 2015 pula, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Susulan pelantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Dalam Negeri pada tahun 2018

Beliau juga mula mendapat perhatian selepas rata-rata rakyat Malaysia mendengar teks ucapan serta perutusan yang dibacakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan krisis wabak Covid-19 ini

Memang tidak dinafikan, ramai juga yang ingin tahu insan di sebalik teks yang dibacakan oleh TSMY itu kerana menurut mereka, ia sangat menyentuh hati, teliti, serta mudah untuk difahami orang ramai.

Kudos buat Datuk Dr Marzuki Mohamad!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Facebook Khairul Hakimin Muhammad

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kenali Datuk Dr Marzuki Mohamad, Insan Yang Bantu Menulis Dan Menyiapkan Ucapan Oleh PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*