“Gel0mbang Ketiga” Rupanya Ada Kementerian Luluskan Cuti 8,000 Staf Melancong Ke Luar Negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia, kata Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Menurut Malaysiakini, ia berikutan sejumlah besar rakyat kita yang melancong ke luar negara semasa cuti sekolah awal Mac lalu.

Bukan itu saja, lebih memeranjatkan ternyata ada kementerian yang meluluskan cuti 8,000 staf untuk melancong ke luar negara termasuklah ke Jepun dan Korea meskipun tahu negara tersebut berisiko tinggi untuk dilawati.

Saya dimaklumkan, ada satu kementerian, 8,000 warga kementerian itu diluluskan atau beli tiket untuk melancong, contoh di Jepun, Korea dan sebagainya.”

Kita dah tahu gelombang kedua melibatkan warga Malaysia dan kes mereka adalah kes import. Contoh lihat kes 23, pergi Jepun dengan keluarga dan balik positif.”

Jadi kita takut bila 32,000 dari pelancong warga Malaysia ke Korea, Jepun, Itali dan sebagainya, bila kembali maka kita mungkin akan dapat kes import yang mendadak.”

Disebabkan itu jugalah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi gelombang ketiga. Menurutnya lagi, kerajaan tidak akan mempunyai keupayaan untuk melakukan kuarantin terhadap sejumlah besar pesakit. Jadi, PKP adalah keputusan terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan.

Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami.”

Duduk di rumah, pastikan dua minggu, (jika) ada sejarah perjalanan (ke luar negara), duduk dalam rumah, jadi kita boleh kuarantin di rumah.”

Langkah kedua selepas PKP adalah kesan kes yang disyaki, menjalankan ujian dan mengasingkan mereka yang didapati positif dan merawat mereka di hospital.

Sebab tu penting untuk kita semua DUDUK RUMAH!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Gel0mbang Ketiga” Rupanya Ada Kementerian Luluskan Cuti 8,000 Staf Melancong Ke Luar Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*