“Gambar Syed Saddiq Di Aplikasi Cari J0doh Tinder,” Rupa-Rupanya Dah Tular Dulu Di Indonesia

KEWUJUDAN pelbagai akaun palsu khususnya di media sosial bukanlah satu perkara pelik.

Ramai sebenarnya yang cuba berselindung di sebalik identiti individu lain semata-mata untuk menjadi keyboard warrior, meraih pengikut dan tak kurang juga menjalankan aktiviti penipuan.

Terbaharu, kewujudan satu akaun di aplikasi cari jodoh Tinder yang menggunakan wajah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ternyata menjadi perbualan hangat di laman Twitter.

Menggunakan nama Ricky, pemilik akaun palsu dari Indonesia itu menjadi tular setelah paparan skrin postingya dikongsi oleh seorang pelayar Twitter.

Posting itu terlebih dahulu menjadi tular negara jiran sebelum Syed Saddiq sendiri turut memberi reaksi pada Jumaat.

Tidak marah atau melenting dengan kewujudan profail palsu itu, Syed Saddiq sebaliknya meninggalkan komen bersahaja yang cukup menghiburkan ramai.

Ramai yang terhibur melihat cara Syed Saddiq memberi respon terhadap kewujudan akaun palsu itu.

“Ricky pun boleh,” tulis Syed Saddiq sehingga menerima lebih 26,600 ulang kicau (Retweet).

Dalam kapsyen sama, Syed Saddiq turut menggunakan tiga emoji yang menggambarkan dia turut terhibur dengan posting berkenaan.

Terdahulu, posting itu tular di Indonesia apabila seorang individu bertanya kepada pemilik Twitter @bertinder sekiranya foto dalam profail tersebut milik individu lain.

“Kelab peminat Syed Saddiq dah masuk peringkat antarabangsa.”

NETIZEN

Pengendali akaun @bertinder kemudiannya menjelaskan foto tersebut merupakan menteri Malaysia, merujuk kepada Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan negara ini.

Ia ternyata menarik perhatian pelayar Twitter Indonesia, termasuklah yang memuji kekacakan paras rupa Syed Saddiq.

“Itulah pentingnya baca berita. Tahu perkembangan dunia.

Kisah mengenai kewujudan akaun Tinder palsu menggunakan foto Syed Saddiq menjadi tular di Malaysia dan Indonesia.

“Serius lo (kamu) gak (tak) kenal Syed Saddiq?

“Kelab peminat Syed Saddiq dah masuk peringkat antarabangsa,” tulis beberapa individu secara berseloroh.

Reaksi Syed Saddiq di Twitter.

Dalam pada itu, seorang gadis tempatan turut berkongsi mengenai perkara sama di ruangan komen.

Ujarnya, dia sebelum ini pernah menemui satu lagi profail Tinder, turut menggunakan foto Syed Saddiq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Gambar Syed Saddiq Di Aplikasi Cari J0doh Tinder,” Rupa-Rupanya Dah Tular Dulu Di Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*