Dato’ Sri Siti Nurhaliza Nyanyi Live Di IG, Ramai Terubat Rindu

Memasuki hari ke 12 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pastinya ramai yang sudah mula berasa bosan duduk di rumah. Namun ada juga yang menggunakan teknologi hari ini untuk menghiburkan hati.

Ini yang dilakukan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam tempoh yang diarahkan oleh kerajaan ini iaitu dengan membuat menyanyi secara live buat menghiburkan peminatnya.

Rakaman ketika menyanyikan lagu secara live menerusi laman Instagram oleh penyanyi nombor satu negara ini telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter.

Berikut adalah rakaman Dato’ Sri Siti Nurhaliza nyanyi live di IG yang dikongsikan semula itu:


Di ruangan kapsyen, pemilik akaun ini menulis seperti berikut:

“Tokti buat live concert dekat IG tadiFace throwing a kissSmiling face with 3 heartsFire sedapnyaaaaaaaaaaaa walaupun nyanyi dalam bilik ja”

Siapa yang dapat menyangkal kemerduan suara Datuk Seri Siti Nurhaliza. Nyanyiannya juga lunak merdu dan menghiburkan ramai.

Video yang dikongsikan semula itu telah meraih lebih 292 ribu tontonan dan 31,600 retweets serta 33,200 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video Dato’ Sri Siti Nurhaliza nyanyi live di ruangan komen seperti berikut:

“Nak naness dengar suara tokti”

“Suara TokTi ni lemak, lunak dan enak didengar dari dulu sampai sekarang. Nyanyi live IG pun lagi sedap berbanding versi lama”

“Buat live nyanyi without mic pun padu suara tokti. Cuba kau panggil K-Clique nyanyi buat live macam ni….”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Twitter IniAlann

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dato’ Sri Siti Nurhaliza Nyanyi Live Di IG, Ramai Terubat Rindu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*