“Bila 0rang Tua Jadi Belia…” Menteri Guna Ayat Remplt Dalam Tweet, Undang Kec4man Netizen

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pakej Rangsangan Prihatin untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19.

Antara yang menjadi perhatian, sudah tentulah penggunaan analogi Mak Cik Kiah untuk memudahkan pemahaman rakyat Malaysia mengenai apa manfaat yang mereka akan perolehi daripada pakej rangsangan tersebut.

Ekoran pemberian bantuan itu, ramai yang menasihatkan penerima supaya berjimat cermat dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini. Tidak ketinggalan, seorang menteri turut cuba memberi nasihat yang sama — cuma cara penyampaiannya mengundang kritikan netizen.

Ramai juga yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘masuk 10 cuci 30’, namun ada segelintir pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa ia satu kegiatan judi online.

Susulan perkongsian tersebut, ramai mempersoalkan cubaan menteri tersebut tidak kena dengan gaya dan usia seorang pemimpin bagi golongan belia negara. Pendek kata, cringe lah.

Dan tidak kurang, ada juga yang menyokong kerana menurut mereka ramai sebenarnya anak muda yang terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian. Jadi mungkin nasihat beliau itu sampai kepada golongan yang dimaksudkan.

Apa pun, terpulang kepada anda bagaimana hendak menilai kerana tutur kata mencerminkan peribadi kita. Kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bila 0rang Tua Jadi Belia…” Menteri Guna Ayat Remplt Dalam Tweet, Undang Kec4man Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*