Berminggu Plsah Dengan Anak2, Suami Isteri ‘Fr0ntliner’ Berk0rban Demi Keselamatan

Semakin hari, penularan Covid-19 di Malaysia dilihat menunjukkan peningkatan. Jumlah pesakit yang positif turut mengalami pertambahan dengan lebih daripada 20 kes kematian dicatatkan.

Sudah tentu, barisan petugas kesihatan merupakan antara insan-insan yang paling sibuk ketika ini bagi merawat mereka yang disyaki dan sudah dijangkiti wabak maut tersebut.

Suami isteri frontliner

Mereka bukan sahaja mengorbankan rasa penat kerana terdapat puluhan kes setiap hari, malahan terpaksa menahan rasa rindu kepada anak-anak kerana bimbang mereka mejadi ejen penyebaran wabak jika mendekati anak-anak.

Perkara tersebut diluahkan oleh salah seorang jururawat apabila dia dan suami sama-sama menjadi frontliner untuk Covid-19 di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Seminggu anak2 tinggal berasingan

Disebabkan mereka berdua perlu bertugas untuk negara, anak-anak mereka telah dijaga oleh kakak iparnya selama lebih dari seminggu.

Menurut Laila, dia perlu melindungi anak-anaknya daripada terkena sebarang kemungkinan berikutan mereka adalah petugas kesihatan yang sedang berhadapan dengan Covid-19

Kekal duduk dirumah yaaa…

Jururawat yang memuat naik penulisannya itu di laman Facebook Rayuan Pengamal Perubatan turut menyeru agar orang ramai kekal berada dirumah bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Mereka di barisan hadapan berharap agar semua pihak mematuhi arahan tersebut kerana mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung Covid-19 dari terus menular.

Jaga diri semua frontliner

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih diatas pengorbanan barisan frontliner ini kerana sanggup meninggalkan keluarga demi negara.

Mereka juga berdoa agar para petugas kesihatan terus dilindungi dari jangkitan wabak maut yang telah mengakibatkan ribuan orang meninggal di serata dunia ketika ini.

Kami akan setia dirumah. Terima kasih

Terima kasih untuk setiap pengorbanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Laila Othman, Rayuan Pengamal Perubatan

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Berminggu Plsah Dengan Anak2, Suami Isteri ‘Fr0ntliner’ Berk0rban Demi Keselamatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*