“Artis Yang Memerlukan Bantuan Itu Bukan Semua, Maksudnya…,” Siti Sarah

Baru-baru ini, ada yang membincangkan  mengenai golongan artis yang berharap agar kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus berikutan wabak Covid-19 yang melanda.

Selain beberapa sektor lain yang terkesan gara-gara wabak tersebut, ia turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan.

Bagaimanapun, isu terbabit mendapat reaksi bercampur-campur netizen.

Siti Sarah misalnya turut menerima tempias apabila suaminya, pelawak dan penyampai radio, Shuib memberikan komen mengenai isu itu.

Lalu, penyanyi lagu Semakin ini meluahkan rasa kesal dan sedih atas situasi yang berlaku.

“Ya Allah, kami ini insan kerdil hamba-Mu. Segala yang dimiliki kami juga datangnya dari Mu.

“Maafkan kami, kalau salah pada nada bicara, kami takde niat lain hanya berharap yang baik-baik buat semua.

“Di saat sukar ini semua pihak memerlukan bantuan, dan Alhamdulillah dengan khabar gembira daripada kerajaan semalam.

“Tidak kira siapapun kita, pasti ada yang terselit mereka yang susah dan perlu dibantu.

“Tidak kiralah siapapun mereka

alhamdulillah rahmat dan rezeki Allah, kami dikurnia kelebihan dan dari pihak kami insyallah sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan,” tulisnya.

Sarah turut memaklumkan golongan selebriti yang memerlukan bantuan adalah dari mereka yang ada pasang surut dalam meraih pendapatan.

“Artis yang memerlukan bantuan itu bukan semua, maksudnya mereka yang juga sama seperti manusia lain juga ada pasang surut hidup.

“Macamnilah, andai kita ada lebih kita bantulah, Insya-Allah ada hikmah dari Allah.

“Tiada ada istimewanya kami, kita semua sama manusia biasa. Takpe, kita jangan berhenti berdoa.

“Moga cepat habis semua musibah ini. Amin. Doakan kami kuat menghadapi dugaan ini juga,” pohon Sarah.

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah, kami ini insan kerdil hamba-Mu. Segala yang dimiliki kami juga datangnya dari Mu. Maafkan kami, kalau salah pada nada bicara, kami takde niat lain hanya berharap yang baik-baik buat semua… Di saat sukar ini semua pihak memerlukan bantuan, dan Alhamdulillah dengan khabar gembira daripada kerajaan semalam. Tidak kira siapapun kita, pasti ada yang terselit mereka yang susah dan perlu dibantu. Tidak kiralah siapapun mereka alhamdulillah rahmat dan rezeki Allah, kami dikurnia kelebihan dan dari pihak kami insyallah sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan. .Artis yang memerlukan bantuan itu bukan semua, maksudnya mereka yang juga sama seperti manusia lain juga ada pasang surut hidup. .Macamnilah, andai kita ada lebih kita bantulah, Insya-Allah ada hikmah dari Allah. Tidak ada istimewanya kami, kita semua sama manusia biasa. Takpe , kita jangan berhenti berdoa. Moga cepat habis semua musibah ini. Amin. Doakan kami kuat .. menghadapi dugaan ini juga ❤️🌹

A post shared by Dap..Dap..Dap..🎵 (@sitisarahraissuddin) on

Untuk rekod, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber :Instagram Siti Sarah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Artis Yang Memerlukan Bantuan Itu Bukan Semua, Maksudnya…,” Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*