Tak Harap Bantuan Kerajaan, Hanif Dan Radin Turut Sedekah Duit Gaji

Sejak kebelakangan ini, dilihat beberapa orang artis dilihat meluahkan rasa hiba mereka kerana dikatakan turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan kerana mereka juga ada golongan yang ‘kais pagi, makan pagi’.

Namun, kebanyakan kenyataan yang dibuat para artis tersebut diselar kembali oleh para netizen kerana mereka disifatkan sebagai golongan yang mewah. Malah, mereka ini sewajarnya tidak mendapat bantuan kerana ramai lagi yang lebih layak kerana sememangnya kesempitan hidup.

Peruntukkan sebahagian gaji!

Namun, lain pula tindakan yang dilakukan oleh dua penyampai radio Era iaitu, Radin Amir Affendy dan Haniff Hamzah dimana mereka telah membuat keputusan untuk memperuntukkan sebahagian gaji untuk insan yang memerlukan.

“Saya bantu ikut kemampuan…”

Jelas Radin menerusi Berita Harian, ini adalah sebahagian usaha dan sumbangan yang mampu dilaksanakan dirinya bersama-sama dengan rakan sekerja, Hanif dan juga Amira yang semenangnya sudah dirancang sejak awal Januari lalu.

Disebabkan ramai yang terkesan dengan penularan virus COVID-19 ini, mereka mencuba untuk menghulurkan bantuan mengikut kemampuan mereka.

Idea timbul selepas dia mengendalikan program…

Haniff  turut berkata, idea ini timbul selepas dia mengendalikan sebuah program yang berjudul Reaksi Rakyat. Malah, pekerja belakang tabir serta kru produksi juga menanggung nasib yang sama selepas kebanyakan projek terpaksa dibatalkan.

“Saya masih ada gaji bulanan, berbanding mereka yang mengharap tawaran kerja. Jika ada kerja, ada gaji. Jadi, saya ingin membantu mereka mengikut kemampuan.” kata Haniff.

Macam ni baru betul…

Sudah pastinya, usaha mereka ini mendapat sokongan dan pujian yang padu daripada rakyat Malaysia. Diruangan komen Facebook Berita Harian, ramai yang mengucapkan terima kasih dan berharap agar tindak tanduk mereka ini bakal menjadi ikutan.

Terima kasih dermawan yang prihatin!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Berita Harian

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak Harap Bantuan Kerajaan, Hanif Dan Radin Turut Sedekah Duit Gaji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*