Kita sedia maklum, kesan daripada peningkatan jangkitan Covid-19 telah mengakibatkan peralatan perubatan seperti Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sudah semakin kehabisan stok.
Melihat situasi ini semakin meruncing, Shafeeqa Johari, isteri kepada pelawak terkenal Atu Zero, telah mengambil tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan bagi menjahit pelindung kepala dan kasut untuk hospital.
Hospital perlukan bantuan
Menurut Shafeeqa, di mendapat tahu maklumat mengenai keperluan peralatan tersebut menerusi seorang wanita yang telah memuat naik satu posting di mana dia memerlukan tukang jahit untuk membantunya menjahit pelindung kepala dan kasut.
Guna kepakaran jahitan untuk tolong pasukan perubatan
Menggunakan kepakarannya menjahit, isteri kepada pelawak tersebut telah menjahit kesemua peralatan pelindungan kepala dan kaki. Malah, dia juga telah berjaya mendapatkan nombor telefon Hospital Shah Alam yang memerlukan khidmat tukang jahit.
Kita sama2 lawan Covid-19
Untuk memberi bantuan daripada segi kewangan mungkin tidak mampu, justeru Shafeeqa mengajak para pengikutnya di IG, untuk bersama-sama menghulurkan bantuan dengan begini, demi meringankan beban para petugas kesihatan.
Usaha murni isteri pelawak terkenal itu mendapat respon yang positif dalam kalangan netizen, menambahkan lagi keyakinan bahawa kita mampu melawan wabak ini dengan adanya semangat kerjasama.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
Sumber :Â Shafeeqa Johari
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMÂ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Sama2 L@wan C0vid-19, Isteri Atu Zero Bantu Jururawat Jahit Pelindung Kepala Dan Kaki"