“Sama2 Bantu Harungi Episod Gelap Ini…” Skuad JDT ‘K0rban’ Gaji Untuk Tabung Covid-19

Banyak pihak yang terkesan dengan krisis penularan wabak Covid-19, antaranya adalah industri bola sepak negara. Namun, dalam pada itu barisan pemain Johor Darul Ta’zim menyatakan kesediaan mereka untuk membantu.

Mahu bersama-sama membantu negara, skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan rela hati bersedia untuk menyumbangkan sebahagian daripada gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

JDT sanggup korban gaji

Menerusi hantaran di Facebook ketua pasukan JDT Harris Harun, keputusan diambil sebagai langkah inisiatit untuk membantu kerajaan Malaysia mengharungi detik-detik sukar ini.

Saya harap ini dapat membantu

Malah, Harris juga memohon agar lebih ramai pihak tampil untuk menghulurkan bantuan, dan memainkan peranan masing-masing dalam memerangi krisis wabak yang melanda negara kita.

“Saya berharap sumbangan kami dapat membantu banyak pihak dan saya menyeru agar ramai lagi tampil ke hadapan dan melakukan apa jua bentuk sumbangan bagi membantu mengharungi episod gelap ini…”

Situasi yang sama juga berlaku di luar negara, apabila beberapa bintang bola sepak dunia seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi serta pasukan Liga Perdana Inggeris, antaranya Arsenal dan Watford, juga turut memberikan sumbangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Harian Metro

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sama2 Bantu Harungi Episod Gelap Ini…” Skuad JDT ‘K0rban’ Gaji Untuk Tabung Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*