“Saklt Hati Disurvh Balik Rumah,” Gadis D0akan P0lis Kena C0vid-19 Mas0k L0kap

“Kerana mulut badan binasa”. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada seorang remaja berusia 20 tahun, yang ditahan atas kesalahan menghina pihak polis.

Menerusi maklumat yang sedang tular kini, gadis tersebut telah memuat naik status di Facebook miliknya, dengan kata-kata berbaur hinaan terhadap pihak polis.

Padah hina polis

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, gadis itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan oleh pihak berkuasa di rumahnya di kawasan Pendang, jam 11.30 malam tadi.

“Tangkapan terhadap wanita itu dilakukan berikutan maklumat yang diterima dari seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat dari aplikasi WhatsApp dari rakannya 10.12 malam tadi…”

Sakit hati polis suruh balik rumah

Di Facebook kini, netizen sudah mula menularkan akaun gadis tersebut berserta dengan status hinaan dengan meminta agar kesemua anggota PDRM dijangkiti Covid-19.

Difahamkan, tindakan gadis itu memuat naik status tersebut disebabkan berang selepas pihak polis menyuruhnya pulang ke rumah, ketika membuat pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, 9 malam tadi.

Gadis itu akan ditahan reman selama dua hari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Diharapkan kes ini akan menjadi pengajaran buat orang ramai jangan sesuka hati menghina pihak polis, sepatutnya sekarang kita perlu berterima kasih kepada mereka kerana telah berkoban semata-mata menjaga keselamatan negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Harian Metro & Brader Ayim

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "“Saklt Hati Disurvh Balik Rumah,” Gadis D0akan P0lis Kena C0vid-19 Mas0k L0kap"

  1. padan muka hang ..muka macam unta berak sembelit ..hahaha

Leave a comment

Your email address will not be published.


*