Remaja Did3nda L0mpat Katak, Dikatakan Ingk@r PKP

Menghadapi penularan wabak Covid-19 sememangnya memerlukan peranan setiap individu. Rasa tanggungjawab perlu ada dalam diri setiap insan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan supaya sama-sama dapat memulihkan keadaan sedia ada kini.

Biarpun kerajaan Malaysia sudah menetapkan bermula 18 Mac lalu Perintah Kawalan Pergerakan yang mana memohon orang ramai duduk di rumah, namun masih ada yang ingkar dan menjalani aktiviti harian mereka seperti biasa.

Duduk rumah buatlah apa-apa sekalipun. Janji tak keluar! / Kredit: Giphy

Terbaru tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan sekumpulan remaja didenda lompat katak oleh penguatkuasa. Dalam rakaman yang berlatarbelakangkan padang di sebuah kawasan perumahan itu, kelihatan 5 orang remaja didenda lompat katak.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:

Menerusi ruangan kapsyen, pemilik akaun Twitter ini menyatakan kumpulan remaja itu melepak di padang berkenaan sebelum tejadinya situasi seperti di atas.

“Suruh duduk rumah taknak! Nak melepak jugak. Kan dah bertukar jadi katak!”

Video pendek itu meraih hampir 300 ribu tontonan dan lebih 29 ribu retweets serta 19 ribu likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video remaja didenda lompat katak ini di ruangan komen seperti berikut:

“Tu nasib baiklah disuruh jadi katak buatnye disuruh jadi belut haa merangkaklah cari lopak”

“Macam kena denda budak2 sekolah…kelako…”

“Kalau di India tentunya dah lebam betis dan paha kena rotan ni. Polis kita ni baik dan banyak budi bicarakan?”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Twitter Azie

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Remaja Did3nda L0mpat Katak, Dikatakan Ingk@r PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*