“Rehat Dululah, Motor R0sak” ‘Trag3di’ Pesanan Terakhlr, Rider Grab Telef0n Pelanggan Dahulu Selepas Kemlngan, Isteri Hamil Anak Ke-4 ‘Last’

“SYUKUR Alhamdulillah, dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya dan keluarga.”

Demikian kata penghantar makanan (rider) GrabFoob yang ditimpa kemalangan gara-gara sikap tak bertanggungjawab pemandu bas GoKL baru-baru ini, mengulas mengenai tawaran syarikat bas Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang berhasrat memberikan sebuah motosikal kepadanya.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Zul Hafizie Zulkipli berkata dia telah berhubung dengan pihak Prasarana pada Khamis, selepas syarikat berkenaan mengeluarkan kenyataan media mengenai tawaran tersebut.

“Pihak Prasarana sudah pun mengambil butiran-butiran penting tentang diri saya. Jadi buat masa ini, saya hanya menunggu tindakan susulan memandangkan sekarang pun seluruh negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar lelaki berusia 32 tahun ini.

Pada Khamis mStar melaporkan Prasarana menerusi satu kenyataan memohon maaf kepada rider berkenaan susulan kejadian tersebut dan berhasrat menawarkan sebuah motosikal baharu bagi membantu mangsa.

Kenyataan tersebut muncul tidak lama selepas rakaman video mengenai insiden tersebut tular di media sosial.

Tangkapan skrin daripada rakaman video insiden kemalangan membabitkan Zul Hafizie.

“Sebenarnya sehari selepas kemalangan yang berlaku pada 24 Mac itu, saya terus membuat aduan kepada Prasarana menerusi emel. Saya juga sertakan beberapa keping gambar keadaan motosikal kepada mereka. Dua hari kemudian, mereka terus bagi maklum balas,” ujarnya yang menetap di Cheras.

Mengimbas kembali insiden pada Selasa lalu, Zul Hafizie berkata ketika itu dia sedang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan terakhir kepada pelanggannya sebelum berehat.

“Kalau dilihat daripada video itu, orang sangka saya pasti cedera teruk. Tapi syukur saya hanya alami luka kecil di jari. Hanya bahagian depan motor yang teruk. Makanan pelanggan pula habis terburai.”

ZUL HAFIZIE ZULKIPLI

RIDER GRABFOOD

“Ketika itu dalam lingkungan pukul 1.30 petang sebelum berhenti rehat sebentar. Sewaktu tiba di lampu isyarat di Jalan Raja Chulan, entah macam mana saya tak sempat mengelak lalu melanggar sebuah kereta Toyota Vellfire di laluan bertentangan.

“Kalau dilihat daripada video itu, orang sangka saya pasti cedera teruk. Tapi syukur saya hanya alami luka kecil di jari. Hanya bahagian depan motor yang teruk. Makanan pelanggan pula habis terburai. Bas berkenaan pula hanya berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku,” ujar bapa kepada tiga anak itu lagi.

Zul Hafizie berkata dia kemudian dibantu oleh beberapa pengguna jalan raya dan rakan-rakan rider lain datang ke lokasi kejadian.

Zul Hafizie bersyukur kerana hanya mengalami luka ringan namun akan membuat pemeriksaan susulan selepas PKP. 

“Selepas kejadian, saya maklumkan pelanggan mengenai insiden yang menimpa saya dan kemudian terus buat laporan ke balai polis. Selesai semuanya, barulah saya hubungi isteri maklumkan apa yang berlaku.

“Kalau beritahu awal-awal, nanti dia terkejut pula… tambahan pula dia sedang mengandung anak keempat kami,” ujarnya.

Zul Hafizie berkata buat masa ini dia hanya berehat di rumah buat seketika walaupun keluarga menasihatkannya untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital kerana bimbang terdapat kecederaan lain.

Bahagian hadapan motor Zul Hafizie remuk susulan insiden kemalangan tersebut.

“Untuk buat X-ray, saya belum lakukan lagi sebab saya risau dengan keadaan di hospital sekarang ni. Saya tak mahu ambil risiko, tambahan pula anak-anak masih kecil. Insya-Allah lepas reda tempoh kawalan ni saya akan pergi.

“Buat masa ini berehat dululah. Motor untuk bergerak mencari rezeki pun rosak. Nak buat macam mana, apa pun saya reda dan pasrah dengan ujian ini.

“Mujur hanya luka ringan. Kalau teruk, susah juga kerana hanya saya yang bekerja. Alhamdulillah, ada juga duit simpanan untuk belanja keperluan keluarga,” ujarnya yang bekerja sebagai rider Grabfood sepenuh masa sejak lima bulan lalu.

Dalam pada itu, Zul Hafizie turut menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang demi keselamatan bersama.

“Jangan sebab kita, orang lain yang akan menjadi mangsa,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Rehat Dululah, Motor R0sak” ‘Trag3di’ Pesanan Terakhlr, Rider Grab Telef0n Pelanggan Dahulu Selepas Kemlngan, Isteri Hamil Anak Ke-4 ‘Last’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*