“Rasa Macam Mimpi Pulak Tahun Ni Birthday Dah Ada Suami…” Emma Maembong

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon, Emma Maembong dimana dia kini menjadi antara selebriti popular tanah air yang dikenali dengan bakat lakonannya yang sering menyentuh perasaan penonton sehingga setiap lakonan dirinya juga sering mendapat sambutan luar biasa.

Pada Februari lalu, Emma Maembong memberikan kejutan kepada peminat apabila dia tidak mendedahkan kisah percintaan namun terus menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati yang merupakan seorang juruterbang.

Mengambil keputusan untuk menghalalkan hubungan dengan memilih tarikh cantik, 20.02.2020 membuatkan netizen tumpang gembira dengan dirinya yang kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli.

Majlis pernikahan yang dilakukan secara tertutup pada Februari lalu juga menarik perhatian ramai apatah lagi, Emma Maembong dan pasangan mengayakan busana pengantin serba putih yang menaikkan lagi seri serta dipuji ramai.

Emma Maembong juga membuatkan peminat senang melihat kehidupan kini dirinya yang semakin bahagia disisi suami. Apatah lagi, dia juga memberitahu bahawa dirinya seorang yang sibuk berkerja.

Walau bagaimanapun, semalam pula Emma Maembong berkongsi perasaan sayu apabila pada tahun ini dapat menyambut ulang tahun kelahiran dengan adanya suami disisi.

Menerusi Instagram peribadi miliknya, dia turut berterima kasih kepada bapa mertua dan keluarga kerana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Sambut bersama suami dan keluarga 

Katanya juga, dia tidak keluar untuk menyambut ulang tahun kelahirannya bersama keluarga pihaknya kerana kuarantin namun dia juga berterima kasih kepada yang memberikan ucapan buatnya.

Di ruangan komen, rakan selebriti turut meninggalkan ucapan khusus sempena ulang tahun kelahirannya selain peminat turut memuji wajah cantiknya yang tidak seperti berumur 28 tahun.

Reaksi ramai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber: Instagram Emma Maembong

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Rasa Macam Mimpi Pulak Tahun Ni Birthday Dah Ada Suami…” Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*