“Mungkin Bukan Kerajaan Yang Anda Undi, Namun Kerajaan Ini Ambil Berat Akan Rakyat,” Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman Twitter melayangkan satu pesanan yang cukup menyentuh hati rakyat.

Jelasnya, negara sedang berhadapan dengan sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam sejarah sebelum ini. Jelasnya, kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang rakyat pilih, namun dia mahu memastikan, kerajaan bawah pimpinannya prihatin akan masalah rakyat.

“We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And this government may not be the government that you voted for. But I want you to know that this government cares for you,” tulisnya yang kini terkenal dengan panggilan ‘Abah’ di kalangan rakyat Malaysia atas sifat kasih sayang yang ditunjukkan.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang mencakupi segenap pelusuk rakyat Malaysia dengan slogan ‘No one left behind’.

Antaranya ialah:

1. RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dalam meningkatkan keupayaan.

2. RM1 billion tambahan kepada KKM untuk pembelian alat dan perkhidmatan memerangi Covid-19

3. RM8juta untuk menanggung kos saringan Covid-19 seluruh malaysia.

4. Syarikat takaful/insurans menawarkan penangguhan caruman selama tiga bulan untuk yang terkesan.

5. Elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan KKM bernilai RM400 sehingga RM600.

6. Elaun khas RM200 sebulan untuk Tentera, Polis, Kastam, Imigresen, Pertahanan Awam dan Rela.

7. Bantuan secara one off RM10 billion kepada kumpulan M40 golongan swasta, peneroka felda, petani, nelayan dan peniaga kecil

10. Bayaran RM1600 one off kepada isi rumah pendapatan bawah RM4000.  RM1000 dibayar pada April manakal baki RM600 dibayar pada bulan Mei.

11. Bayaran RM1,000 kepada isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

13. RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

14. RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan mei

15. Program BSH tetap dilaksanakan pada Julai dengan peruntukan sebanyak RM3.2billion

16. RM200 setiap seorang mahasiswa .

17. Penangguhan bayaran balik PTPTPN 6 bulan.

18. Pengecualian bayaran sewa PPR sejumlah RM5.7 juta selama enam bulan.

19. Bantuan RM500 untuk penjawat awam tetap dan kontrak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Twitter Tan Sri Muhyiddin Yassin

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mungkin Bukan Kerajaan Yang Anda Undi, Namun Kerajaan Ini Ambil Berat Akan Rakyat,” Tan Sri Muhyiddin Yassin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*