“Masih P0wer Suara Kak…” Peminat Teruja Dengar Abby Abadi Menyanyi

Aksi penyanyi dan pelakon Abby Abadi menyanyikan lagu popular milik penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang berjudul Cinta Sejati membuatkan peminatnya teruja.

Menerusi satu entri di Instagram miliknya, Abby memuat naik videonya menyanyi di dalam rumah.

“Nah belanja sikit. Baru belajar nyanyi lagu ni, tersalah di dua tempat, lepas tu beria sangat sampai termimpi-mimpikan BCL semalam. Semoga BCL & Noah terus kuat,” tulisnya.

Namun entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang sudah lama tidak mendengar Abby menyanyi.

“Wahhh otai masih berbisa ni… Sedap lagi suara Abby.

“Sedap suara Abby, teringat Tamparan Wanita.

“Masih power suara akak.

“Terbaik, menyanyi sambil duduk pun sedap,” komen antara pengikutnya.

Abby merupakan bekas ahli kumpulan Elite yang turut dianggotai oleh Azza, Sasha Saidin, Watie Sadali dan Linda Rafar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Masih P0wer Suara Kak…” Peminat Teruja Dengar Abby Abadi Menyanyi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*