“Malaysia Dipilih WHO” Untuk Kaji Ubat C0vid-19

Malaysia antara negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan penyelidikan penggunaan ubat Remdesivir untuk pesakit COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata antara kriteria yang menyebabkan Malaysia dipilih untuk melaksanakan penyelidikan itu adalah kerana keupayaan dan kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan kajian.

“Antara sebab yang kita dipilih ialah kita dah dikenal pasti sebagai negara yang mempunyai sistem kesihatan penyelidikan yang baik dan mungkin sebab itu WHO memilih KKM untuk melaksanakan penyelidikan ini secara bersama.
“Penyelidikan ini akan tertumpu di Hospital Sungai Buloh dan hospital-hospital yang mengendalikan pesakit COVID-19, yang KKM akan memberi rawatan kepada pesakit menggunakan ubat yang terbaru (Remdesivir).
“KKM juga akan turut memantau kesan sampingan, kemujaraban ubat ini dan sebagainya,” katanya menerusi laporan Bernama.

Dr Noor Hisham berkata butiran lanjut seperti tempoh kajian dan sebagainya mengenai penyelidikan keberkesanan ubat Remdesivir ini akan dibincangkan dengan pihak WHO malam ini.

“Malam ini kami akan buat perbincangan secepat mungkin dan kalau dapat ubat itu, kita akan terus laksanakan penyelidikan,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : bernama

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Malaysia Dipilih WHO” Untuk Kaji Ubat C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*