MAEPS Serdang Bakal Dijadikan Pusat Kuarantin Dengan 500 Katil, Persediaan Gel0mbang Ketiga

Hari ini genap hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan dan keadaan dilihat semakin kritikal di Malaysia apabila kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat pada saban hari.

Sehingga ke hari ini, direkodkan sudah 2161 kes jangkitan dan 26 kematian dilaporkan, meletakkan Malaysia di tangga pertama di Asia Tenggara dalam kes jangkitan Covid-19.

Terbaru, tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan situasi di MAEPS, Serdang yang dikatakan akan dijadikan sebagai pusat kuarantin untuk kes Covid-19.


Menurut sumber, hampir 500 katil akan dimuatkan di dalam MAEPS untuk kegunaan rawatan kes Covid-19. Situasi ini menimbulkan persoalan kepada rakyat Malaysia, adakah ini sebagai langkah persiadaan untuk menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19 yang akan tiba pada bila-bila masa?

Semoga semuanya selamat buat negara Malaysia. Buat anda di luar sana, jalankan tugas anda sebagai rakyat Malaysia dengan hanya duduk di rumah. Kita boleh lakukannya!

Siapa sangka MAEPS, Serdang yang pernah menjadi lokasi untuk pesta buku Big Bad Wolf kini bakal dijadikan sebagai pusat kuarantin. Stay at home okay!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "MAEPS Serdang Bakal Dijadikan Pusat Kuarantin Dengan 500 Katil, Persediaan Gel0mbang Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*