K0rban C0vid-19 Meningkat Kepada 27, K3s Keseluruhan 2,320

PENULARAN wabak Covid-19 merekodkan satu lagi kematian di Malaysia pada Sabtu, menjadikan 27 kematian keseluruhan setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ke-27 melibatkan lelaki warganegara Malaysia yang berusia 61 tahun.

“Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2162) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Malaysia turut merekodkan 159 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 2,320 kes setakat ini.

Selain itu, 61 pesakit Covid-19 dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan kes pulih sepenuhnya sebanyak 320 kes dengan kadar pemulihan 13.8 peratus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "K0rban C0vid-19 Meningkat Kepada 27, K3s Keseluruhan 2,320"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*