“Haha Kau…” K0ngsi F0to Vaksin TikT0k, Aeril Zafrel Pula ‘Dib@han’ Netizen

Zaman kini, lebih banyak aplikasi yang telah direka bagi memudahkan seseorang untuk meluaskan jaringan bersosial. Malah dengan dunia kini, bukan golongan belia saja yang menjadi pengguna aplikasi yang direka kini malah pelbagai golongan termasuklah yang berusia turut berjinak mengikut trend.

Aplikasi TikTok antara satu aplikasi yang paling popular dan hangat diperkatakan ketika ini. Seperti yang semua ketahui, aplikasi ini merupakan satu platform yang membolehkan sesiapa saja sebagai pengguna untuk menyerlahkan bakat mereka.

Terdahulu, akaun TikTok dipenuhi dengan pengguna dari golongan muda untuk memaparkan bakat mereka namun kini, pelbagai golongan tidak kira muda atau berusia tidak ketinggalan mencuba untuk menggunakan aplikasi TikTok.

Aeril Zafrel antara pengguna aplikasi TikTok

Malah, selebriti tanah air turut menjadi pengguna TikTok dengan menghasilkan video menarik untuk menghiburkan peminat dan antara selebriti yang popular dengan aplikasi ini juga ialah Aeril Zafrel.

Bahkan, sejak kebelakangan ini Aeril Zafrel sangat aktif membuat video TikTok bersama anak perempuannya, Hayla sehingga mengundang gelak ramai dimana dia lakukan itu bermula hari pertama kuarantin.

Walau bagaimanapun, perkongsian terbaru dari selebriti ini yang mengundang dirinya turut ‘dibahan’ pengikut apabila dia memuat naik foto yang bertulis Vaksin TikTok.

 

View this post on Instagram

 

TAG jap kawan2 korang yg perlu vaksin ni sekarang.sebelum dia merebak …. @w4w4_zainal Sapa TAG aku. Aku block!!

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Dia yang turut meminta agar orang ramai ‘tag’ akaun laman Instagram sesiapa yang memerlukan vaksin itu turut membuatkan ramai gelak besar.

“Tag jap kawan-kawan korang yang perlu vaksin ni sekarang. Sebelum dia merebak… @Wawa Zainal. Sapa  tag aku. Aku block!!” katanya yang turut ‘tag’ laman Instagram isterinya.

Aeril Zafrel yang turut berkata siapa yang ‘tag’ dirinya akan diblock membuatkan netizen terus berseloroh dengannya dimana ada yang mengatakan dia antara yang memerlukan vaksin berkenaan.

Dalam pada itu, Aeril Zafrel turut meraih lebih 3500 komen dimana rata-rata turut ‘tag’ laman akaun rakan masing-masing.

“Hahahah kau lah Aeril oi”

“Jap tag jap Aeril Zafrel…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Haha Kau…” K0ngsi F0to Vaksin TikT0k, Aeril Zafrel Pula ‘Dib@han’ Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*