Genap 40 Hari Ashraf Sinclair Pergi, Bunga Citra Lestari Ajak 0rang Ramai Bertahlil Dari Jauh “Terima Kasih Kami Untuk Cinta Yang Anda Beri”

GENAP 40 hari pemergian Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair, isterinya iaitu penyanyi Bunga Citra Lestari bersyukur masih dihujani kata-kata semangat daripada banyak pihak.

Memandangkan krisis wabak Covid-19 sedang melanda di seluruh dunia, Bunga berasa sedih kerana tidak dapat berkumpul bersama keluarga dan kenalan bagi mengadakan majlis tahlil arwah suaminya itu.

“Menjelang 40 hari pemergian Ashraf, kami bersyukur kerana masih berterusan dihujani kasih sayang daripada sahabat, keluarga dan orang lain yang selalu mendoakan.

Bunga berkongsi perkara itu di Instagram.

“Dengan keadaan ketika ini, tentunya kita semua tidak dapat berkumpul untuk mengadakan majlis tahlil bersama.

“Namun sangat bermakna bagi kami jika doa, zikir dah tahlil dapat dilakukan untuk arwah Ashraf,” tulis Bunga menerusi laman Instastory miliknya.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arwah Ashraf bukan sahaja memberi tamparan kepada keluarga malah semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta ini serta keluarga mengajak orang ramai membaca surah Yassin di kediaman masing-masing pada hari ke-40 pemergian arwah suaminya pada Sabtu.

Allahyarham Ashraf bersama seluruh keluarganya.

“Dengan berasa rendah hati, kami berharap keluarga dan semua rakan boleh bersama-sama berdoa dan membacakan Yassin dari kediaman masing-masing.

“Pada hari Sabtu 28 Mac 2020 selepas solat Isyak. Semoga arwah Ashraf berada di tempat terindah disisiNya.

“Tiada kata yang boleh menggambarkan rasa terima kasih kami untuk cinta yang anda semua berikan,” katanya.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Genap 40 Hari Ashraf Sinclair Pergi, Bunga Citra Lestari Ajak 0rang Ramai Bertahlil Dari Jauh “Terima Kasih Kami Untuk Cinta Yang Anda Beri”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*