Dewan MAEPS Serdang Dipersiap Bagi Menghadapi Gelombang Ke-3

Pelbagai usaha keras yang dilakukan kerajaan bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia saat ini terjamin. Bermacam-macam inisiatif juga diutarakan agar rakyat Malaysia tidak perlu gusar serta khuatir nasib mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Kerajaan juga dilihat bersiap siaga bagi menghadapi gelombang ketiga wabak COVID-19 yang dijangka bakal melanda Malaysia. Tanpa berlengah, pelbagai perancangan telah dilakukan demi kesejahteraan seluruh penduduk negara.

Persediaan jika berlakunya gelombang ketiga

Di laman media sosial, heboh dan tersebar dengan meluas yang mengatakan dewan MAEPS, Serdang kini sedang dipersiap untuk dijadikan pusat kuarantin COVID-19. Pusat kuanrantin ini dikatakan diwujudkan untuk persiapan jika gelombang ketiga melanda.

Setakat ini, pusat kuarantin ini mampu memuatkan 500 katil pesakit.

Macam makin serius!

Sudah tentunya, perkara yang tersebar melalui media sosial ini mencetuskan rasa gerun dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. Dalam masa yang sama, mereka juga berharap agar perkara seperti ini dijauhkan demi keselamatan bersama.

Semoga kuat Malaysia…

Semoga dipermudahkan urusan!

“Preparing for the worst…”

Rakyat Malaysia diseru untuk membantu kerajaan dengan mendengar saranan dan juga arahan yang telah diperintahkan. Orang ramai juga diminta untuk duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Twitter

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dewan MAEPS Serdang Dipersiap Bagi Menghadapi Gelombang Ke-3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*