“B@la Apa Lagi Yang Kalian Ingin Undang Ke Malaysia Ni” Aksl Tarian Zizi Kirana Dikec@m, Tak Sensltif Muslbah C0vid-19

PENYANYI Zizi Kirana terkejut apabila mengetahui persembahannya semasa ulang tahun sebuah laman membeli-belah atas talian yang disiarkan pada malam Khamis menjadi tular di media sosial.

Zizi berkata, dia menerima banyak mesej daripada penonton yang menegur aksinya kerana dikatakan keterlaluan ketika negara sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

“Sebenarnya persembahan itu adalah rakaman dan bukan siaran langsung, ia dirakam di rumah ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) minggu lalu.

“Apabila bangun pagi saya terkejut terima banyak mesej, komen berbentuk kecaman dan paparan skrin persembahan saya malam itu. Saya pun hairan ada buat salah apa?

“Mereka kata saya tak hormati malam Jumaat… sedangkan waktu program itu bersiaran bukan bidang kuasa saya. Ia ditentukan oleh stesen televisyen dan client mereka,” katanya.

Netizen kecam program tersebut dan memuat naik paparan skrin persembahan Zizi.

Pada Khamis, program mempromosikan portal membeli-belah atas talian dikecam teruk netizen kerana menyajikan hiburan pada malam Jumaat dan dikatakan tidak sensitif dengan isu semasa.

“Malam Jumaat, di saat Malaysia sedang dilanda satu wabak yang cukup dahsyat, kematian sudah melebihi angka 20, beribu masih menderita dan dirawat… mereka menyajikan aksi terkinja-kinja untuk tatapan bagi menghiburkan rakyat! Bala apa lagi yang kalian ingin undang ke Malaysia ini?,” tulis salah seorang pengguna laman sosial.

Saya hanya ikut sahaja dan semuanya mendapat kelulusan daripada mereka. Lagipun, tak ada yang keterlaluan pun dalam persembahan saya itu!

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Dalam konsert itu, penyanyi lagu Eh ini menjadi salah seorang selebriti jemputan, namun foto persembahannya sahaja menjadi perbualan hangat penonton.

Selain Zizi, artis lain yang turut membuat persembahan dari rumah masing-masing ialah Haqiem Rusli, Hael Husaini, Ismail Izzani, Nabila Razali, Elizabeth Tan dan Hafiz Suip.

Sementara itu, Zizi berkata dia hanya mengikut panduan daripada stesen televisyen dan tarian sambil menyanyi itu merupakan salah satu bentuk cabaran dalam program berkenaan.

Zizi menyahut cabaran menyanyi sambil menari dalam program tersebut.

“Ramai saja artis lain semasa program itu… tapi nama saya juga yang orang sebut! Sebenarnya menari sambil menyanyi itu merupakan cabaran yang diberikan oleh produksi kepada saya.

“Saya hanya ikut sahaja dan semuanya mendapat kelulusan daripada mereka. Lagipun, tak ada yang keterlaluan pun dalam persembahan saya itu,” ujarnya.

Meskipun dikecam oleh segelintir penonton, Zizi menerima komen tersebut dengan hati terbuka dan berharap mereka memandangnya daripada sudut positif.

“Cabaran itu bertujuan nak tunjukkan gaya hidup sihat. Walaupun kita berkurung dalam rumah, masih boleh buat senaman ringan dan keluarkan peluh. Itu sahaja!

“Saya tak berkecil hati pun dengan kata-kata netizen… saya harap penonton memandang ia daripada sudut positif dan bukannya mengecam semata-mata,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“B@la Apa Lagi Yang Kalian Ingin Undang Ke Malaysia Ni” Aksl Tarian Zizi Kirana Dikec@m, Tak Sensltif Muslbah C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*