Angelina Jolie Derma Lebih RM4 Juta Kepada Kanak-Kanak Terkesan Krlsis COVID-19

Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie akan mendermakan wang sebanyak 1 juta USD (melebihi RM4 juta) kepada organisasi No Kid Hungry.

Memetik laporan E News, sumbangan itu merupakan satu usaha dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan ketika berhadapan pandemik COVID-19.

Menurut Angelina, lebih 1 bilion kanak-kanak tidak pergi ke sekolah kerana di tutup untuk mencegah penularan virus tersebut.

“Setakat minggu ini, lebih 1 bilion kanak-kanak tidak ke sekolah kerana ditutup, ramai kanak-kanak bergantung penjagaan pemakanan di sekolah.

“22 juta kanak-kanak di Amerika didapati bergantung kepada sokongan bekalan makanan yang diberikan kepada mereka.

“Organisasi ini akan mencuba sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang terkesan dengan krisis COVID-19 seramai mungkin,” kata Angelina.

Untuk perkembangan COVID-19 di negara kita, jumlah kes secara keseluruhan telah mencecah 2161 termasuk pertambahan 130 kes hari ini setakat 5.00 petang, 27 Mac 2020.

259 dari jumlah itu telahpun sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital manakala jumlah kematian pula adalah sebanyak 26 kes.

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk  menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :E News, Instagram KKM

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Angelina Jolie Derma Lebih RM4 Juta Kepada Kanak-Kanak Terkesan Krlsis COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*