“Tak Banyak Tapi Adalah Duit Poket Untuk Barang Dapur” Hefny Sahad Kongsi Rezeki Untuk Mereka Yang Hlang Pendapatan

Pengacara dan penyampai radio Sinar, Hefny Sahad, 33, antara selebriti yang tampil untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan selepas hilang punca pendapatan ketika dalam tempoh Kawalan Perintah Kerajaan (PKP) yang akan berakhir pada 14 April ini.

Menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG), Hefny berkata dia tidak mampu untuk menolong keseluruhan namun cukup untuk membeli keperluan barang dapur.

Justeru, pemilik nama Mohamed Hefny Sahad berharap individu terbabit menghubunginya untuk disalurkan sumbangan.

“Assalamualaikum saya Hefny Sahad. Mungkin siapa yang dah lama ‘follow’ saya kat Instagram selalu perasan saya ada buat #FridayGiveAwayHefHef.

“Dah lama saya tak buat. Kali ni saya rasa nak buat, hari Jumaat yang penuh keberkatan ini. Dalam kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan, saya dengar ramai juga sahabat-sahabat yang hilang sumber pendapatan. Sebab tak boleh nak berniaga.

“Tetapi tidaklah saya mampu untuk bantu ‘cover’ pendapatan mereka. Cuma apa yang saya nak bagi mungkinlah ada sedikit sumbangan duit poket untuk beli barang dapur seminggu dua.

“Jadi kalau sesiapa tahu boleh atau yang memerlukan boleh hubungi saya. Tak kira di mana anda berada, tak kisah asalkan boleh kita salurkan sumbangan. Tak banyak tapi ada la duit poket untuk barang dapur,” katanya.

Selain Hefny, penyampai radio ERA Haniff Hamzah dan Radin turut sama berkongsi rezeki mereka kepada yang memerlukan.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 2,031 orang dengan 23 rekod kematian sehingga jam 5 petang (26 Mac).

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Banyak Tapi Adalah Duit Poket Untuk Barang Dapur” Hefny Sahad Kongsi Rezeki Untuk Mereka Yang Hlang Pendapatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*