“Sebab K0rang Lah Anju Terpaksa Serbv, Sor0k Roti Dan Telur” Zarina Anjoulie

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak pihak turun padang menyalurkan sumbangan kepada yang memerlukan termasuk golongan anak seni.

Ini kerana, ramai yang tidak bertimbang rasa membeli barangan keperluan tanpa memikirkan orang lain.

Justeru, melihat kepada bekalan roti dan telur yang ‘laju disambar’, Zarina Anjoulie terpanggil untuk mengagihkan telur dan roti kepada yang memerlukan di sekitar kawasan berhampiran tempat tinggalnya.

“Memandang semua manusia macam tak pernah tengok telur dan roti, aku dan Yas jadi binatang hari-hari serbu dan sorok telur dan roti supaya minggu depan untuk didermakan,” tulisnya bersama sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi video itu, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju mendedahkan bahawa tidak sampai lima minit bekalan baru sampai, ‘pasti lesap disapu’ pembeli.

“Ramai lagi saudara Islam kita yang belum keluar gaji ataupun peniaga yang tak mampu atau tak sempat nak beli, jadi Anju dan Yas serbu sebelum dapat ke tangan orang lain,” katanya.

Katanya, semua telur yang dibeli akan dikumpul dan didermakan pada hujung minggu.

Ramai yang berterima kasih dan memuji usaha Anju membantu orang yang memerlukan.

Jangan pula ada yang menyalahkan Anju buat begini ya. Sebab semua telur tu akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : cari

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sebab K0rang Lah Anju Terpaksa Serbv, Sor0k Roti Dan Telur” Zarina Anjoulie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*