“Saya Artis Agak Sendv Tapi Tak Minta Bantuan Kerajaan” Jimmy Shanley

Pengacara Jimmy Shanley tampil menyatakan pendirian terhadap isu artis memohon insentif kerajaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular sejak semalam.

Kata Jimmy, walaupun dia bukan selebriti terkemuka namun tidak meminta bantuan daripada kerajaan.

Malah, Jimmy menawarkan pula bantuan untuk golongan memerlukan terutama ibu tunggal.

“Saya artis yang agak sendu tapi tak minta bantuan kerajaan, ada sesiapa perlukan pertolongan sila DM.

“Ibu tunggal diutamakan,” kata Jimmy.

Kenyataan terbuka Jimmy itu mendapat respon positif daripada netizen malah ada yang menyarankan agar Jimmy membantu pula golongan selebriti yang meminta bantuan.

Kecoh di laman sosial apabila ada segelintir selebriti menyatakan kerisauan terhadap tiadanya bantuan daripada kerajaan untuk anak seni.

Impak itu ekoran penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan sumber utama pendapatan golongan artis terutama pelakon dan penyanyi apabila tiada undangan atau tawaran berlakon.

Lebih mengusutkan apabila kebanyakan artis terlepas pandang untuk mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang bergelar anak seni.

Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Artis Agak Sendv Tapi Tak Minta Bantuan Kerajaan” Jimmy Shanley"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*