Pernah Ke Indonesia Awal Bulan, Lelaki 35 Tahun Korban Covid ke-24

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baru (Covid-19) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 24 kes setakat ini.

Menurutnya, kes kematian ke-24 (kes ke-1056) itu membabitkan lelaki tempatan berusia 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan ini.

Mangsa mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan hasil ujian pengesahan didapati positif pada 20 Mac lalu.

Kesihatan mangsa merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada malam tadi sekitar jam 9.30 malam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Noor Hisham Abdullah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pernah Ke Indonesia Awal Bulan, Lelaki 35 Tahun Korban Covid ke-24"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*