“Penderma Mlsteri” Svmbang Mesin Harga Ratusan Ribu Untuk Kesan C0vid-19

Seorang individu berhati mulia menyumbangkan sebuah mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System berharga RM148,000 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu menjalankan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 semalam.

Sumbangan daripada penderma enggan dikenali itu dibuat melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee, yang menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat.

Dr Annuar berkata sumbangan itu menjadikan pusat itu sekarang dilengkapi dua unit mesin berkenaan dan sekali gus meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan virus di daerah sekitarnya.

“Mesin baharu ini diterbangkan khas dari Kuala Lumpur hari ini dan ia tambahan kepada mesin yang sedia ada di Hospital Sibu. Takut ada breakdown (kerosakan) jadi perlu ada dua unit. Terima kasih kepada hamba Allah yang menderma,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Bernama , Berita Sibu

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Penderma Mlsteri” Svmbang Mesin Harga Ratusan Ribu Untuk Kesan C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*