“P0lis Suruh Datang, Ikut Je La Nak Tak0t Apa” Azwan Ali Muncul Di Mahkmah, Dipercayai Ke.s Perlekeh Kakitangan H0spital

PENGACARA kontroversi Azwan Ali muncul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada pagi Jumaat dipercayai berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh Hospital Putrajaya pada Selasa lalu.

Dia yang hadir berpakaian serba hitam dilihat hadir ditemani dua pembantunya.

Bagaimanapun Azwan terpaksa menunggu seketika di pintu utama kompleks mahkamah sementara menunggu surat kebenaran sebelum dibenarkan masuk.

Menerusi rakaman Facebook live bersama portal Malaysia Gazette, Azwan berkata dia sendiri tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai arahan untuk hadir ke mahkamah.

Kenyataan media dan salinan laporan polis Hospital Putrajaya.

“Tak tahulah kes apa. Saya tak tahu menahu… hanya datang je. Apabila polis suruh datang, saya datang la.

“Ini arahan polis… apabila polis suruh datang, ikut je la nak takut apa,” katanya.

Pada Khamis mStar melaporkan Azwan membuat permohonan maaf kepada pihak Hospital Putrajaya kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap mereka.

Ia berpunca daripada rakaman video seorang penyanyi wanita era 80-an yang mengadu tentang layanan kakitangan hospital berkenaan ketika kunjungannya baru-baru ini.

Susulan itu Hospital Putrajaya membuat laporan polis pada Selasa berhubung penularan dua video menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes Covid-19 di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“P0lis Suruh Datang, Ikut Je La Nak Tak0t Apa” Azwan Ali Muncul Di Mahkmah, Dipercayai Ke.s Perlekeh Kakitangan H0spital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*