“Macam Mana Agaknya 0rang Yang Selama Ini Hldup Kais Pagi Makan Pagi,” Janna Nick

Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilihat sedikit sebanyak  memberikan kesan terutamanya buat mereka yang meraih pendapatan secara harian.

Perkara sama turut terlintas difikiran pelakon dan pengacara, Janna Nick yang tertanya-tanya bagaimana mereka yang peroleh pendapatan secara harian ini meneruskan hidup.

Kenyataan tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter miliknya.

“Bila fikirkan Perintah kawalan pergerakkan ni…macam mana agaknya orang yang selama ni hidup kais pagi makan pagi…? Depa nak makan apa ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Janna turut bertanyakan kepada pengikutnya tentang jenis bantuan yang paling diperlukan oleh isi rumah buat ketika ini.

“Apa barang keperluan yang paling diperlukan setakat ni? Beras? Pampers? Susu anak?,” tambahnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizenbersimpati malah turut memberi pandangan tentang jenis bantuan yang patut diberikan oleh Janna.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April sebagai langkah untuk memutuskan rangkaian COVID-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Twitter Janna Nick

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Macam Mana Agaknya 0rang Yang Selama Ini Hldup Kais Pagi Makan Pagi,” Janna Nick"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*