“Kenapalah Selalu Nak Ambil Kesempatan Atas Rezekl 0rang” Instagram Almy Nadia Hampir Dig0dam

Pelakon Datin Almy Nadia memohon kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menggodam akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Almy, IG adalah punca rezeki untuk dirinya membantu keluarga.

“Tolonglah penggodam, janganlah ambil IG saya. IG ni punca rezeki saya nak bantu keluarga… Tolonglah,” tulisnya di Instagram Stories.

Dalam pada itu, suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang juga merupakan pelakon meluahkan rasa kesal kerana mengambil kesempatan dengan punca pendapatan Almy.

“Kenapalah selalu nak amik kesempatan atas rezeki orang.

“Hack la IG orang lain.. IG dia nak cari rezeki!!” luahnya.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 2,031 orang dengan 23 rekod kematian sehingga jam 5 petang (26 Mac).

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kenapalah Selalu Nak Ambil Kesempatan Atas Rezekl 0rang” Instagram Almy Nadia Hampir Dig0dam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*