“Kami Kasihan Dan Sedih Lihat Anda…” Surat Pesaklt Tabligh Buat Fr0ntliner, Undang Sebak

Sejak penularan wabak Covid-19, ramai yang memandang serong terhadap golongan tabligh ini, sehingga ada yang menuduh mereka sebagai punca jangkitan. Namun buat para petugas kesihatan, kesemua pesakit tetap dirawat dengan baik tanpa kompromi.

Terbaru menerusi Facebook, seorang jururawat dengan nama akaun Zulaikha Zaki telah berkongsi berkenaan sepucuk surat yang diterima oleh seorang jemaah tabligh yang juga pesakit Covid-19.

Surat dari tabligh buat frontliner

Difahamkan, pesaki daripada kluster jemaah tabligh tersebut telah sembuh dan dibenarkan pulang, namun sebelum pulang dia telah menyelitkan sepucuk surat di celah kertas berdekatan kaunter wad.

Kami akan sentiasa ingat pengorbanan jihad anda

Tindakan jemaah tiada siapa yang tahu, namun jururawat yang menemui surat tersebut berasa tersentuh dan terharu, tatkala membaca intipati yang ditulis oleh jemaah tersebut.

“Assalamualaikum semua pejuang-pejuang yang kami sayangi sentiasa. Kami akan sentiasa ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama kami berada di wad 56 tingkat 5. Selamanya anda pejuang-pejuang layan kami dengan penuh kasih sayang.

Tujuan saya tulis ini ialah nak share beberapa amalan untuk pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada family yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.

(Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda. Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan Rasul. Sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiat, dimudahkan segala urusan begitu juga buat family anda semua. Allahumma Amin.

Amalan yang ulama share kat kita

Baca surah taghabun (surah 64, juz 28) sampai habis (Ayat 1-18 beserta makna) setiap pagi, kalau sibuk cari masa free, sebaiknya dibaca pagi.

Mula – Selawat (3 kali), Al-Fatihah (3 kali), Al-Ikhlas (3 kali), Hasbi Allah Wani’mal Wakil (313 kali)

Tutup dengan selawat (3 kali)

Tiup ke dalam minuman, insya-Allah, Allah bagi sembuh dan jaga kita semua. Wallahua’lam…”

Tiada siapa yang menginginkan perkara ini berlaku, justeru berhentilah menyalahkan dan meletakkan hukum terhadap orang lain. Anggaplag segala yang terjadi ada hikmahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Zulaikha Zaki

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kami Kasihan Dan Sedih Lihat Anda…” Surat Pesaklt Tabligh Buat Fr0ntliner, Undang Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*