“Jangan Ikut Artis Tidak Berpengetahuan” Serantau Muslim M0hon Maaf Selepas Ditudvh Perlekeh Selebriti

PENGENDALI akaun Instagram Serantau Muslim mengakui kesilapan mengunakan poster yang dilihat seolah-olah merendahkan golongan selebriti Malaysia.

Menurut Pengerusi Serantau Muslim iaitu Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, teks pada poster itu merupakan pesanan daripada seorang pakar farmasi dan pihaknya terlepas pandang semasa menyunting info grafik pada poster tersebut.

“Kami menyedari kelemahan dalam memetik kenyataan ahli farmasi berdaftar dan berlesen iaitu Nur Syafa Addina yang dipetik daripada Facebook Addenaa Dzakwan untuk dijadikan poster sehingga menimbulkan kekeliruan.

“Dengan penuh kesedaran, kami bertanggungjawab sepenuhnya atas pengeluaran poster tersebut tanpa menyalahkan mana mana pihak.

“Poster ini telah menimbulkan reaksi dan tanda tanya dalam kalangan artis. Sedangkan umum mengetahui kami amatlah menghormati para artis bahkan mempunyai kerjasama yang erat dengan ramai artis,” katanya.

Sebelum itu, akaun Instagram berkenaan memuat naik poster mengenai penggunaan sarung tangan sebagai perlindungan daripada dijangkiti wabak Covid-19.

Instagram Serantau Muslim buat permohonan maaf.

Salah satu info pada poster tersebut menyebut jangan ikut artis tidak berpengetahuan dalam bidang kesihatan dan tidak bertauliah.

Poster tersebut dipercayai dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penggunaan sarung tangan.

Bagaimanapun, ia telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir selebriti antaranya pelakon Catriona Ross.

Justeru itu, aktres kacukan Melayu-Scotland itu meminta penjelasan daripada pemilik akaun berkenaan mengenai kenyataan mereka pada poster tersebut.

“Saya mahu pemilik akaun Serantau Muslim beri penjelasan mengapa buat poster merendahkan artis. Di saat negara hebat dilanda wabak berjangkit, ada pula ‘virus’ lain yang timbul,” tulisnya.

Catriona Ross tuntut penjelasan pada teks poster.

Enggan memanjangkan isu tersebut, pihak Serantau Muslim membuat permohonan maaf di atas kesilapan mereka itu.

“Kami memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan berjanji akan memastikan kekeliruan seumpama ini tidak berlaku lagi.

“Fokus utama kita semua rakyat Malaysia termasuklah kami di Serantau Muslim adalah untuk memastikan tiada lagi penularan wabak covid-19 dan semua pihak berusaha sedaya upaya dengan kapasiti masing masing untuk menyebarkan info bermanfaat kepada orang ramai.

“Sekali lagi, kami dengan penuh rendah hati memohon maaf atas salah faham yang berlaku. Semoga Allah menyatukan hati kita semua dalam menghadapi wabak yang menyerang negara kita ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jangan Ikut Artis Tidak Berpengetahuan” Serantau Muslim M0hon Maaf Selepas Ditudvh Perlekeh Selebriti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*