“Isi Rumah Bawah RM4,000 Dan 0rang Bujang Terima Bantuan Kerajaan” PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam menghadapi cabaran wabak Covid-19.

Pertama, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir empat juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

Kedua, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

Ketiga, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada tiga juta individu berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Keempat, bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan

Kelima, bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020.

Keenam, bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.

Keetujuh, penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.

Keelapan, kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Kesembilan, bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

Kesepuluh, pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.

Kesebelas, TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat. Diskaun 50 peratus kepada penggunaan bawah 200 kilowatt sebulan; 25 peratus antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi 301 hingga 600 kilowatt.

Keduabelas, antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : RTM & OMM

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Isi Rumah Bawah RM4,000 Dan 0rang Bujang Terima Bantuan Kerajaan” PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*