“Ikut Perancangan Nak Bawa Isteri Bercuti, Tapi Apakan Daya…” Terpaksa ‘Berkvrung’, Nazrief Nazri Buat Deco Sendiri Rai Birthday Isteri

Pelakon Nazrief Nazri terpaksa melupakan hasrat untuk membawa isterinya bercuti sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang diraikan hari ini (27 Mac) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Nazrief, 29, dia kemudian membuat keputusan untuk menyambut hari istimewa tersebut lewat malam tadi secara sederhana di rumah sahaja.

“Kalau ikut perancangan nak bawa isteri bercuti untuk birthday dia tahun ni, tapi apakan daya PKP pula.

“Jadi, buat jelah apa yang termampu, nak deco lebih-lebih pun tak pandai, selalu upah orang je. Guna apa yang ada je kat rumah, kedai pun banyak tutup.

“Kasihan my sayang, tak apalah, bila keadaan dah okay, nanti kita smabut proper ya sayang. Happy Birthday my better half,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut, Nazrief dilihat melakukan dekorasi dengan hanya menggunakan lampu kelip-kelip.

“Terima kasih sudi terima diri yang serba kekurangan ni. I love u so much. Semoga sayang sihat-sihat selalu dan hubungan kita kekal sampai syurga,” coretnya sebagai ucapan dedikasi buat isterinya.

Usaha yang dilakukan Nazrief itu turut mendapat pujian isterinya Aizatul Aqma Hamdan yang juga merupakan seorang model.

“Kami tak boleh keluar untuk meraikannya keraan Kak Rona, jadi suami saya buat kejutan sempena birthday saya. Lihatlah dekorasinya! Ringkas tetapi cukup bermakna. Terima kasih,” tulisnya di Instagram.

Nazrie mendirikan rumah tangga dengan Aizatul pada 16 November 2019.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Nazrief Nazri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Lagi satu, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ikut Perancangan Nak Bawa Isteri Bercuti, Tapi Apakan Daya…” Terpaksa ‘Berkvrung’, Nazrief Nazri Buat Deco Sendiri Rai Birthday Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*