Fr0ntliner Perlukan Tudung Sarung ‘Prel0ved’ Nak Guna Pakai Buang “Beberapa Minit Pun Dah Berpeluh, Apatah Lagi Berjam-Jam”

BAYANGKAN petugas barisan hadapan (frontliner) yang bekerja dalam keadaan panas apabila perlu memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE), ketika musim Covid-19.

Begitulah derita yang terpaksa dihadapi oleh semua petugas kesihatan, tetapi mereka tetap komited menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang tidak selesa itu.

Bagi mereka yang bertudung, ia pasti lebih menyulitkan. Pada masa sama, mereka harus mengutamakan kebersihan sepanjang bertugas.

Maka lahirlah idea projek kebajikan bagi mengumpul tudung terpakai (preloved) untuk kegunaan petugas yang mengendalikan operasi berkaitan Covid-19 di Pusat Perubatan Universti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur.

Petugas kesihatan yang merupakan frontliner.

Ketua Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Norfilza Mohd Mokhtar berkata, inisiatif itu bermula Isnin lalu untuk mendapatkan sumbangan tudung bagi kegunaan frontliner di PPUKM.

Beliau menjelaskan keperluan tudung tersebut bagi menggantikan tudung sedia ada yang dipakai oleh petugas kesihatan di hospital, setiap hari.

“Ramai frontliner yang bertugas dalam tempoh yang lama, lebih sembilan jam. Bayangkan kalau pakai PPE lebih tiga lapis tu, dalam tempoh beberapa minit pun dah rasa berpeluh, apatah lagi berjam-jam.

“Mereka akan berpeluh semasa bertugas. Tapi kita kena fikir soal kebersihan terutama dalam tempoh panjang dan selepas bertugas.

“Jadi, kita fikir mereka perlu pakai tudung yang dipakai sekali dan dibuang tanpa memerlukan petugas mencuci semula, bagi memastikan kebersihan terus terjaga semasa bertugas,” katanya kepada mStar sambil menyeru orang ramai untuk terus menghulurkan bantuan.

Sumbangan tudung kepada petugas barisan hadapan.

Dr Norfilza berkata, sasaran sebanyak 3,000 tudung diletakkan untuk petugas PPUKM menerusi inisiatif yang baru diuar-uarkan pada Isnin lalu.

Menurut beliau, sumbangan amat menggalakkan apabila jumlah sumbangan melebihi sasaran dan lebihannya disalurkan kepada hospital-hospital lain di seluruh negara.

Dalam tempoh sehari selepas kita mulakan inisiatif, kita dapat kira-kira 3,000 tudung. Daripada jumlah itu 2,600 tudung daripada seorang peniaga tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), manakala selebihnya daripada orang awam.

DR NORFILZA

“Dalam tempoh sehari selepas kita mulakan inisiatif, kita dapat kira-kira 3,000 tudung. Daripada jumlah itu 2,600 tudung daripada seorang peniaga tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), manakala selebihnya daripada orang awam.

“Setakat ini (Khamis), kita dah terima lebih 5,000 helai tudung. Lebihan tudung tu kita akan salurkan kepada beberapa hospital dan bilik gerakan untuk kes Covid-19 yang mana setakat ini terdapat lapan lokasi di Kelantan, Johor dan Kedah,” katanya.

Jabatan Fisiologi Fakulti Perubatan UKM terus menerima sumbangan daripada orang awam.

Bagaimanapun, Dr Norfilza meminta kerjasama orang awam untuk menyumbangkan tudung sarung bagi memudahkan pemakaian, termasuk jenis polos.

“Sesiapa yang ada tudung sarung kosong, tanpa corak atau berbunga-bunga yang preloved, masih elok dan tidak digunakan lagi, boleh sumbangkan untuk kegunaan barisan hadapan di beberapa hospital.

“Selain tudung sarung, kita turut mengalu-alukan sumbangan kelengkapan lain untuk kegunaan frontliner. Moga dengan sumbangan orang ramai dapat melancarkan operasi mengendalikan kes berkaitan Covid-19 di fasiliti kesihatan di seluruh negara,” katanya sambil menambah kelengkapan lain termasuk topeng muka, perisai muka (face shield), sarung tangan, alas kasut, sut pelindung perubatan dan sabun pencuci tangan.

Sumbangan akan diselaraskan oleh Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan UKM di mana orang ramai boleh menghubungi 014-5183869 (Zira)/011-11139867 (Diana)/012-6512460 (Zanariyah)/ 012-731 2485 (Norizam).

Bagi fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik untuk mendapatkan sumbangan, boleh menghubungi talian 012-7892773 (Amiza)/ 010-3610373 (Fudhla)/ 017-2787767 (Zura).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Fr0ntliner Perlukan Tudung Sarung ‘Prel0ved’ Nak Guna Pakai Buang “Beberapa Minit Pun Dah Berpeluh, Apatah Lagi Berjam-Jam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*