“Dua Guru Agama Masjid Setempat Hadir Himpunan Tabligh, Ajar Kelas Agama Dan Hadir Kenduri Kahwin” Ini Kisah Penduduk Simpang Renggam

Dianggarkan sekitar 3,500 penduduk dari 650 keluarga di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang berdepan sekatan menyeluruh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 2 minggu iaitu bermula malam tadi dan dijadual berakhir pada 9 April depan, lapor FMT.

Perkara itu dilakukan selepas pihak berkuasa mengesahkan 61 daripada 83 kes Covid-19 di Kluang adalah dari 2 kawasan tersebut.

“Mereka tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing, walaupun untuk membeli keperluan asas.”

Kami patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan!

Salah seorang penduduk, Intan Nurdiyana Masekh, 26 tahun bagaimanapun menafikan kes itu disebabkan oleh kedegilan masyarakat setempat kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan.

“Ramai yang seolah-olah menyalahkan kami penduduk kampung, dengan menuduh kami degil dan melanggar perintah kawalan,” katanya kepada FMT dalam keadaan berkurung di rumah.

“Selepas perintah kawalan bermula, kampung sunyi. Tak ada orang yang keluar rumah.”

Didakwa ada 2 guru agama di kampung tersebut hadiri himpunan tabligh

Namun timbul persoalan berhubung laporan 2 guru agama di masjid setempat kampung itu iaitu Masjid Al-Huda yang didakwa menghadiri Himpunan Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Dikhabarkan selepas pulang dari himpunan tersebut, kedua guru itu seperti biasa mengajar kelas agama dan imamkan solat di surau di kampung itu.

Malah mereka juga menghadiri kenduri perkahwinan di kampung tersebut.

Menurut Intan, dari 16 Mac Kementerian Kesihatan telah periksa seluruh kampung dari rumah ke rumah.

“Mereka memeriksa kad pengenalan kami dan bertanya jumlah anggota isi rumah. Mereka yang paling berisiko dibawa ke pusat kuarantin,”

Semoga mereka baik-baik sahaja, amin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dua Guru Agama Masjid Setempat Hadir Himpunan Tabligh, Ajar Kelas Agama Dan Hadir Kenduri Kahwin” Ini Kisah Penduduk Simpang Renggam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*