Dikatakan ‘Mengada’ Dil@rang Ke Dapur, Rupanya Fazura Melecvr Tervk

Biasalah orang perempuan, bila dah biasa masuk dapur mereka akan yakin bahawa semua perkara dapat dikawal. Setakat terkena percikan minyak panas ketika memasak sudah menjadi perkara yang lali dan tidak perlu dibesar-besarkan.

Itulah yang berada dalam fikiran netizen apabila pelakon terkenal, Fazura dilaporkan telah dilarang masuk ke dapur oleh suaminya Fattah Amin selepas tangannya terkena minyak panas.

Beberapa hari lepas Fattah telah memuat naik gambar tangan Fazura yang melecur ke Insta storynya yang mana kulitnya kelihatan merah dan melepuh.

Menurut Fazura, kejadian itu berlaku ketika dia sedang memasak di mana minyak panas tiba-tiba meletup dan mengenai tangan kanannya.

Namun ramai netizen yang menyangka pasangan itu hanya mengada-ngada dan membesarkan cerita.

“percikan tu normal.kdg2 smpai berparut muka…”

“Perkara biasa je kot klo terkena minyak masak… Namanya juga isteri yg berada d dapur…”

Apabila Fazura berkongsikan perkembangan kesan melecur di tangannya, barulah ramai faham mengapa Fattah sampai melarang Fazura masuk dapur.

Selepas kejadian itu Fattzura bercadang untuk ke hospital, namun tulis Fazura di Instagram apabila difikirkan kembali, pergi ke hospital lebih menakutkan.

Jadi pasangan itu berusaha untuk merawat tangan Fazura di rumah sahaja. Penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu akhirnya mengikut beberapa petua yang diberikan para peminatnya dan memecahkan gelembung air di tangannya, sebelum menyapu minyak gamat, sehingga kini tangan menjadi beransur pulih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: TwitterRotikaya

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dikatakan ‘Mengada’ Dil@rang Ke Dapur, Rupanya Fazura Melecvr Tervk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*