“Dah Suruh Kuarantin Korang Nak Parti Jugak Kan?” US Catat K3s Paling Tinggi, K@lahkan China Dan Itali

Amerika Syarikat (AS) kini menjadi negara paling terjejas akibat Covid-19, lapor Berita Harian. Menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University (Johns Hopkins) dan The New York Times (Times), negara itu kini mencatatkan kes tertinggi di dunia.

AS yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 330 juta orang itu kini mengatasi China dan Itali dengan 82,4040 kes dengan sekurang-kurangnya 81,321 diuji positif Covid-19.

Sementara itu, Itali merekodkan 80,539 kes setakat semalam dan China pula sebanyak 81,285 kes. Hospital di AS kini semakin kritikal untuk menangani pesakit Covid-19 dan 40% rakyat mereka kini dilaporkan berada dalam perintah berkurung untuk membendung penyebaran wabak itu.

Menurut Johns Hopkins lagi, sekurang-kurangnya 1,178 orang dilaporkan maut akibat Covid-19 termasuklah 100 di New York.

Meskipun banyak negara lain yang mempunyai lebih banyak kematian, pakar mengatakan angka jangkitan di AS menunjukkan kemungkinan ramai lagi rakyat negara itu yang akan mati. Jumlah sebenar kes juga mungkin jauh lebih tinggi daripada angka rasmi yang dilaporkan kerana kekurangan kit ujian.

Kiraan rasmi untuk jumlah kes COVID-19 di AS yang diperoleh daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) didakwa tidak selari dengan data sebenar. Pada petang semalam, 26 Mac 2020 CDC menyenaraikan hanya 68,440 kes jangkitan di AS.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah Suruh Kuarantin Korang Nak Parti Jugak Kan?” US Catat K3s Paling Tinggi, K@lahkan China Dan Itali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*