“Bawa Berjuta2 ‘Mask’ Bagi Rakyat Malaysia,” Anak Risau M0hon D0a Untuk Bapa

Seorang gadis Fia hasnul memohon doa untuk bapanya yang juga seorang juruterbang agar diberi kesihatan dan dilindungi Allah SWT dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka.

Bapanya, Kapten Hasnul Ismail ditugaskan untuk membawa pulang bekalan topeng muka dari Shanghai, China sebelum diagihkan bagi rakyat Malaysia demi mengekang wabak Covid-19.

Berilah orang tuaku nikmat kesihatan

Menerusi laman Twitter, Fia berkongsi paparan skrin posting di Facebook bapanya yang memuat naik beberapa gambar dan video sepanjang perjalanan ke negara tersebut pada 25 Mac lalu.

“Ya Allah berilah kepada kedua orang tuaku nikmat kesihatan, keafiatan, umur yang panjang dalam melakukan ketaatan kepadamu dan mendapat keluasan rezeki-Mu. Amin,” tulis Fia.

Semalam, Kapten Hasnul mengemaskini posting terbaru memberitahu bahawa beliau dan seorang lagi juruterbang Kapten Hazwan Azman selamat tiba di tanah air selepas hampir 13 jam bertugas.

Terima kasih atas ucapan rakan2

“Stay safe semua. Kami di Malaysia Airlines sentiasa berada di angkasa untuk memikul amanah dan tanggungjawab untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kerajaan akan membawa masuk bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari China berikutan kekurangan bekalan tersebut di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Fia Hasnul , Hasnul Ismail , Astro Awani

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bawa Berjuta2 ‘Mask’ Bagi Rakyat Malaysia,” Anak Risau M0hon D0a Untuk Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*