“Bapak Power Sl0t” Buat Faceshield 3D Print Untuk Frontliners Covid-19 Secara Percuma, Ramai Salute Dengan Pensyarah Ni

Berikutan kes wabak Covid-19 yang semakin menunjukkan peningkatan, ramai petugas kesihatan yang menghadapi masalah kekurangan peralatan perubatan seperti personal protection equipment (PPE). Sampai ada doktor yang jahit sendiri dah PPE tu!

Namun, ramai juga yang baik hati menyumbangkan sedikit sebanyak peralatan tersebut seperti kisah kali ini.

Menurut pengguna Twitter, @khalidkarim, rupanya ada geng yang expert dalam bidang 3D printing telah membuat faceshield Covid-19 buat frontliners kita.

Sekumpulan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyumbangkan faceshield yang dibuat sendiri mengikut kepakaran mereka kepada hospital yang memerlukan.

Mesti bangga jadi pelajar-pelajar UTHM ni kan. 

Difahamkan, sebanyak 230 faceshield telah disumbangkan secara percuma kepada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Rupanya, memang ada group yang ditubuhkan khas di Facebook, 3D Printing Malaysia Community for COVID-19 (Group) untuk membantu menyumbangkan faceshield yang dibuat sendiri secara percuma.

Komuniti ini katanya telah digerakkan oleh Nurfaiz Foat dan dana untuk inisiatif ini telah disumbangkan oleh orang ramai.

Bagus betul inisiatif ni kan. Korang kalau ada kepakaran macam ni, bolehlah kongsikan kepakaran tu untuk benda yang bermanfaat. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bapak Power Sl0t” Buat Faceshield 3D Print Untuk Frontliners Covid-19 Secara Percuma, Ramai Salute Dengan Pensyarah Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*