Terpaksa Berjauhan, Fatin Afeefa ‘Facetime’ Dengan Anak Setiap Hari Gara-Gara…

Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa rindu terhadap anak-anak yang kini terpaksa berjauhan seketika dengannya memandangkan dirinya kini sedang dalam tempoh kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Menurut Fatin, 26, dia bertindak mengasingkan diri sebagai langkah berjaga-jaga biarpun tidak mempunyai sebarang gejala.

“Saya rindukan dua anak ini yang selalu memeningkan saya dengan kerenah mereka. Saya kini sudah hari kesepuluh melakukan kuarantin diri, sendirian. Jauh daripada keluarga.

“Walaupun saya tidak mempunyai sebarang simptom selepas pulang daripada work trip, saya perlu kuarantin sebagai mengambil langkah berjaga-jaga,” luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Katanya lagi, bagi melepaskan kerinduan, dia akan membuat panggilan video setiap hari dengan anak-anaknya.

“Kami akan Facetime setiap hari. Kedua-duanya sekarang tinggal di rumah ibu saya, selamat dan terjaga. Terima kasih mama, terima kasih @fatinafeqah kerana menjaga mereka,” ujarnya.

Difahamkan, sebelum ini, Fatin terpaksa berada di Brazil untuk urusan kerja.

Fatin merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Ia merupakan anak hasil perkahwinannya dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 sebelum berpisah pada Mei 2017.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumag serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Pada masa sama, jangan lupa saksikan drama lakonan Fatin Afeefa di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Terpaksa Berjauhan, Fatin Afeefa ‘Facetime’ Dengan Anak Setiap Hari Gara-Gara…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*