”Terlerai Kerana Kami Tiada Lagi Persefahaman,” Hos Elly Arifin Sahkan Dirinya Sudah Berceral

Pelakon dan pengacara Elly Arifin, akhirnya mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelawak, Jiggy dari kumpulan Masin Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun, bintang berusia 31 tahun itu enggan mendedahkan punca perceraian mereka bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak.

“Ya, saya sudah bercerai hujung Januari lalu. Saya perlukan masa untuk berkongsi hal peribadi kepada orang luar.

“Lagipun saya perlu menghormati dan menjaga perasaan kedua-dua belah pihak. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami terlerai kerana tiada lagi persefahaman,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Pada masa sama, Elly reda dengan apa yang berlaku meski berat untuk berdepan dengan situasi berkenaan.

“Tiada siapa yang minta, lebih-lebih lagi di usia saya yang masih muda. Namun, saya reda dengan apa yang sudah tertulis.

“Walaupun apa yang dilalui ini berat tapi saya perlu kuat untuk teruskan kehidupan ini,” jelasnya lagi.

Terdahulu, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini kian diperkatakan apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di Instagram.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 selepas menjalin hubungan cinta kira-kira tujuh tahun

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :MH

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "”Terlerai Kerana Kami Tiada Lagi Persefahaman,” Hos Elly Arifin Sahkan Dirinya Sudah Berceral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*